Seorang wanita merantai anaknya yang sakit mental dalam sebuah bilik sejak 21 tahun lalu dengan sebagian besar masanya hanya terlantar. Menurut media, Hong Chunlin terpaksa dirantai dan dikurung di rumahnya apabila dia mula menjadi ganas dan sukar dikawal. Hong, 37, kini dijaga ibunya, Chen Jiufang, 71 tahun, di rumah mereka di di Nanjing, Jiangsu, timur China.
Disebabkan terlalu lama dirantai, pergelangan tangan Hong mempunyai parut yang dalam. Chen berkata, Hong mulai mengalami gangguan mental ketika berusia 16 tahun akibat patah hati karena cinta. �Sebelum ini, Hong pernah dibiarkan bebas tetapi dia selalu berulah, memaksa saya mengurungnya di rumah,� katanya.
Menurut Chen, Hong mudah menjadi agresif jika ternampak warna merah kerana bekas kekasihnya mengenakan pakaian berwarna itu ketika mereka berpisah. �Kami petani miskin dan tak mampu membiayai perubatan Hong di rumah sakit atau membeli obat untuk mengontrol perlakuannya,� katanya.
Apa yang boleh dilakukannya, adalah memastikan Hong tetap bersih, selamat dan mendapat cukup makan. �Memang sedih melihat Hong dirantai, tetapi jika tidak dibuat begitu, dia akan mencederai orang lain dan dirinya,� katanya. Walaupun terlalu lama dirantai, Chen masih berharap Hong akan pulih satu hari nanti walaupun masalah keuangan tetap menjadi kekangan kepada mereka. �Mudah-mudahan ada pihak tampil yang membantunya,� katanya.
Tidak ada komentar:
Posting Komentar